Misi Ke London Bukan Pembaziran - Hasidah


KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang mengetuai pasukan khas ke London membawa misi untuk meneliti fakta tulen daripada dokumen asli Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Saya ingin tegaskan disini bahawa misi ini adalah untuk meneliti fakta tulen MA63 daripada dokumen asli perjanjian tersebut," tegas beliau.

Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, pada masa kini terlalu banyak salinan dokumen MA63 yang tersebar di laman sosial.

Tambahnya, usaha ini adalah untuk memastikan kerajaan negeri Sarawak mempunyai fakta sebenar MA63
dan bukannya daripada sumber salinan atau sebaran melalui internet.

"Sebab itu kita lakukan penyelidikan kita untuk mencari fakta tulen kerana kita mahu kita mempunya fakta yang sebenar daripada dokumen asli MA63," katanya.

Hasidah turut membidas kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan usaha kerajaan negeri tersebut merupakan satu pembaziran.

"Tidak, ia bukan satu pembaziran. Ini adalah demi kepentingan Sarawak keseluruhannya, jadi tidak timbul soal pembaziran.

Pada masa sama beliau turut memberitahu bahawa pasukan tersebut akan dianggotai tujuh hingga lapan orang dan dijangka akan berangkat ke London pada 16 Julai ini. 

"Kita akan pergi ke beberapa tempat di sana (London) untuk mendapatkan dan meneliti semua fakta berkaitan daripada dokumen asli MA63," tegasnya. - Sarawakiana


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :