PRU14: Joseph Salang Sedia Pertahankan Julau


SIBU: Keyakinan kian menebal dalam diri Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, beliau bersedia untuk bertanding sekiranya dicalonkan semula.

"Ya, saya bersedia untuk bertanding sekiranya dicalonkan semula oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan BN.

"Saya masih boleh berkhidmat (di Julau), saya tidak mempunyai masalah kesihatan buat masa ini," katanya.

Beliau yang juga
Setiausaha Agung PRS berkata, adalah menjadi amalan biasa individu melobi sebagai calon apabila tiba musim pilihan raya.

"Ia adalah seperti kontraktor mahu mendapatkan tender. Jika bertuah, mereka akan diberikan tender," ujarnya.

Salang turut memohon penduduk Julau untuk memberi sokongan padu kepada beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Roland Duat untuk mendapat manfaat daripada projek pembangunan.

"Jangan membezakan kita, kita merupakan wakil rakyat BN," jelasnya.

Beliau turut menegaskan, tiada masalah antara beliau dan Roland yang merupakan wakil Parti Progresif Demokratik (PDP) walaupun mereka tidak dilihat bersama pada sesuatu majlis.

"Kita mempunyai program sendiri yang perlu diberi perhatian," katanya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :