Peningkatan Kutipan Cukai Pendapatan Sejak Dato’ Seri Najib Menjadi PM Sudah Pun Tinggi, Sekarang LHDN Terus Kejar Rakyat

Kebelakangan ini, semakin banyak berita mengenai denda dan saman dikenakan terhadap individu atau syarikat atas tuduhan tidak membayar cukai pendapatan yang dikutip oleh LHDN. Selain menjadi bualan rakyat kerana ada dakwaan LHDN digunakan untuk menghukum tokoh-tokoh perniagaan yang dilihat rapat dengan Pakatan Harapan, berita bahawa LHDN mengutip cukai dari orang yang sudah mati juga mengejutkan rakyat.
Isu peningkatan drastik tindakan yang diambil oleh LHDN berkenaan dakwaan salah laku berkaitan cukai pendapatan adalah isu yang besar kerana beberapa faktor berikut:
1. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak melaksanakan GST dengan menggunakan alasan bahawa pendapatan Kerajaan Persekutuan dari hasil cukai pendapatan adalah tidak mencukupi kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak membayar cukai pendapatan
2. Hasil Kerajaan Persekutuan adalah tidak mencukupi kerana kononnya pendapatan dari hasil petroleum adalah rendah, lalu memaksa pentadbiran Dato’ Seri Najib melaksanakan GST
Oleh yang demikian, hujah ekonomi dan moral yang paling kukuh di pihak Dato’ Seri Najib untuk melaksanakan GST ialah kurangnya kutipan cukai pendapatan kerana rakyat/syarikat Malaysia tidak membayar cukai pendapatan yang mencukupi.
Malangnya, setelah GST dilaksanakan dan kini menjadi beban besar kepada rakyat Malaysia, pentadbiran Dato’ Seri Najib mengejar pula rakyat biasa untuk mengutip cukai pendapatan. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, ramai rakyat biasa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, peniaga kecil-kecilan malah waris orang yang telah mati menerima notis dari LHDN untuk melangsaikan tunggakan cukai kepada kerajaan atas taksiran atau audit yang dilakukan oleh LHDN.
Terbaru, LHDN mengumumkan untuk memburu golongan profesional seperti arkitek, peguam dan jurutera pula untuk operasi pengauditan cukai, seperti kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah (seperti laporan Bernama/Awani di http://ift.tt/2vs0Tdb)
Saya ingin membentangkan prestasi kutipan cukai pendapatan oleh LHDN sejak tahun 2010 iaitu genap tahun pertama pentadbiran Dato’ Seri Najib sehingga anggaran kutipan cukai tahun 2017, seperti jadual di bawah:

Angka rasmi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan boleh diperolehi dari laman rasmi Perbendaharaan di http://ift.tt/2vrPcDi
Anggaran bagi 2017 ditunjukkan di bawah:

Maknanya, dalam tahun 2017 ini pentadbiran Dato’ Seri Najib dijangka akan mengutip hampir sekali ganda lebih banyak cukai pendapatan (pada jumlah RM112 bilion) berbanding kutipan tujuh tahun lalu iaitu 2010 semasa beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri (pada jumlah RM60.3 bilion).
Malah, kenaikan purata tahunan sepanjang tempoh 2010 ke 2017 (disebut cumulative annual growth rate atau CAGR) adalah 11%, iaitu kadar bertambahnya kutipan cukai tahunan secara purata di antara 2010 ke 2017 sebanyak 11% setiap tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: