PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN : ANTARA REALITI DAN ILUSI


Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed (Che Him) telah menempelah Pas kerana menggunakan agama untuk memperdaya dan menakut nakutkan masyarakat semata-mata hanya untuk menjamin kelangsungan nafkah dan dedak politik.

"Perjuangan memartabat dan menegakkan Islam tidak bergantung semata mata kepada pelaksanaan hukum hudud, bahkan hukum hudud itu sendiri bukannya kemuncak dan pengukur kepada pelaksanaan syariat Islam.

 "Di saat negara Islam belum wujud, perjuangan membebaskan rakyat dari kezaliman pemerintah kepada suatu pemerintahan yang lebih adil adalah lebih penting dan perlu diutamakan daripada kita melaungkan slogan dan memperdayakan masyarakat dengan sentimen sistem, sedangkan rakyat terus tertindas dan hidup sengsara, manakala pemimpin hidup kaya raya dan mewah.

 "Retorik pelaksanaan hukum hudud dalam situasi bersekongkol dengan pemerintah yang yang dibenci oleh rakyat adalah satu ilusi yang berpanjangan. 

Beliau menegaskan bahawa kewajipan pemerintah ialah memenuhi kehendak rakyat, mempastikan rakyat hidup selesa dan selamat, bukannya menjanjikan dengan syurga di saat mereka dicengkam kesusahan dan kesempitan hidup yang melampau akibat kezaliman pemerintah yang sedia ada.

 Beliau dengan sinis menempelak dakwaan wajib mempertahankan kerajaan sekarang dan haram menjatuhkan pemimpin yang ada hari ini adalah laungan untuk menjamin kelangsungan nafkah dan dedak politik.

Kenyataan Che Him telah mendapat reaksi daripada Ustaz Azhari Ab Rahman, seorang bekas kerani yang pernah bertugas di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan di waktu yang sama, Che Him ketika itu bertugas sebagai Hakim Mahkamah Syariah di situ.

 Azhari Ab Rahman : 
Masih tak faham2... Hukum Hudud adalah tanda kecintaan kita kepada Agama yang kita sayangi ini... Apa makna kita sebagai seorang yang menganut Agama Islam membiarkan undang2 yang diciptakan oleh Manusia mendominasi negara ini... 
 Sudah berapa puluh tahun keadaan ini dibiarkan.. Adalah Wajib bagi kita menegakkan Undang2 Allah ini.. Kita sebagai hambanya hanya menurut apa yang diperintahkan oleh Allah swt... 
 Apakah hati kita tidak mahu melihat Keadilan Undang2 Allah ini berjaya dilaksanakan dibumi Malaysia ini... Ingatlah ini adalah Suruhan Allah yang sudah tentu akan memberi makna kepada keberkatan, kemakmoran dan rahmat kepada kita sebagai hambanya... 
 Atau hati kita sudah buta untuk melihat kebenaran ini... Hati yang sudah dipenuhi rasa benci dan dengki kerana tak dapat apa yang dihajati... 
 Direka cerita yang bohong dan persepsi yang buruk untuk menampakkan kerajaan yang ada hari ini gagal melaksanakan tugasnya dan perlu ditukar... 
 Diberi bermacam2 hujah yang direka2 untuk menghalalkannya... Kita kenal siapa kamu??? Tahu cerita kamu??? Tak usahlah membanyakkan dosa... Kita akan mati??? Tak usahlah berlagak pandai!!! 
 Menafikan kebaikan yang yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan selama 27 tahun ini memang jelas tanda hati yang sudah keras membatu... 
 Hati yang mendustakan kebenaran walau sudah jelas dihadapan mata... Hati yang penuh kesombongan? 
 Insaflah Dunia bukan segala2nya. Akhiratlah yang utama. Tak kan ini pun tak boleh fikir. Kalau sampai nak menjatuhkan Kerajaan Kerajaan Islam Kelantan adalah HARAM hukumnya. Tanggunglah Dosa mu... 
 Hidup tak akan berkat... Hati akan gelisah... Hilang Nur Hidayah... 
 INSAF DAN BERTAUBATLAH CHE HIM!!!
Sehubungan dengan itu, Che Him telah mencabar Ust Azhari supaya mengaturkan satu diskusi/wacana/debat berkaitan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia- antara realiti dan fantasi dan beliau menyatakan bersedia bila-bila masa untuk menjadi salah seorang ahli panelnya.

Melalui laman difesbuknya hari ini (Selasa) Che Him menaikan status berikut :
 Hari ini ambo terbaca komen Al Fadhil Ustaz Azhari Ab Rahman, Pengelola Halaqat Kota Bharu dalam status FB ambo berkaitan perlaksanaan hukum hudud dan "kerajaan Islam" di Kelantan. 
 Terima kasih atas terjahan dan ugutan yang berbagai hingga ke tahap dosa dan neraka semata mata ambo menulis sesuatu yang boleh mendedahkan pembohongan dan tipu helah Pas yang menggunakan agama untuk perdayakan masyarakat.  
Ambo tidak tersinggung dengan kritikan kritikan para juhala' dalam bab hudud ini kerana ketika ambo dilantik sebagai Setiausaha Jkuasa Penggubal KJS II 1993 yang lebih dikenali sebagai Undang Undang Hudud bersama Dato Abu Bakar Abdullah Kutty (sekarang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah) sebagai Penolong Setiausahanya, Al Fadhil Ust Azhari Abdul Azahari Ab Rahman adalah kerani kes jenayah di Mahkamah Syariah Kota Bharu (kerani ambo la) sebelum ditukarkan ke JKR dan Air Kelantan.  
 Sementara itu 7 orang peguam daripada 12 orang Ahli Jkuasa yang terlibat dalam penggubalan KJS II 2015 telah bersama Parti Amanah Negara, manakala daripada 5 orang yang baki, hanya 2 orang sahaja aktivis Pas.  
 Tidak ada seorang pun manusia muslim yang menolak hukum hudud sebagaimana tidak ada orang bukan Islam yang beriman dengan hukum hudud kerana orang bukan Islam (baca Dap bagi penyokong Pas) bukan sahaja tidak percaya kepada hukum hudud, bahkan Allah dan Rasul yang menjadi " tuan" kepada hukum hudud pun mereka tolak dan ingkar.  
 Namun keyakinan kita kepada hukum hudud tidak menghalalkan kita menggunakan hukum hudud untuk meraih sokongan politik kerana pelaksanaan hukum hudud hanya mampu dilakukan oleh sebuah kerajaan, bukan oleh parti politik.  
 Sebagai parti politik, Pas tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud tanpa menguasai sebuah kerajaan secara mutlak di peringkat Persekutuan. 
Dalam situasi politik hari ini, mustahil bahkan Pas sendiri tidak pernah meletakkan hasrat untuk menjadi pemerintah dengan sasaran hanya untuk menang 40 kerusi Parlimen. 
 Perlaksanaan hukum hudud bukan sahaja memerlukan penggubalan dan pindaan berbagai akta dan undang undang di Parlimen, bahkan perlaksanaannya juga berkait rapat dengan instrumen pentadbiran yang lain seperti penyusunan semula bidangkuasa dan struktur Mahkamah Syariah, Jabatan Pendakwaan, Agensi Penguatkuasa seperti polis dan pegawai penguatkuasa dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Agensi Pelaksana Hukuman seperti penjara, pusat pemulihan aqidah dan akhlak serta berbagai bagai lagi.  
 Tanggungjawab pemerintah juga bukan semata mata untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi apa yang lebih penting bagaimana untuk mempastikan kebajikan dan kehendak rakyat dipenuhi.  
Selagi rakyat masih gagal memberi ketaatan mutlak kepada pemerintah kerana kehendak dan keadilan masyarakat yang masih belum dipenuhi dan diabaikan, hasrat melaksanakan hukum hudud hanya menambah kebencian masyarakat kpd pemerintah. Keperluan rakyat perlu didahulukan sebelum pemerintah mendahulukan kehendak mereka.

Semua yang ambo sebut di atas adalah mustahil dapat disempurnakan oleh Pas kecuali setakat melaung di padang padang dengan perhimpunan dan munajat, menggunakan copong dan media massa untuk menghentam dan memaki hamun serta menyalahkan pihak lain, meskipun semuanya adalah berpunca dari kedunguan dan sikap Pas yang suka menunggang agama untuk meraih sokongan masyarakat.  
 Sebagai menebus kegagalan dan menutup kelemahan Pas, maka agama telah dipergunakan untuk memperdaya dan menakut nakutkan masyarakat dengan hukum ciptaan mereka. ~ sumber
Sama-sama kita tunggu reaksi selanjutnya dari bekas kerani Che Him tu... dia berani atau di seorang yang penakut?

Subscribe to receive free email updates: