PH sasar 20 kerusi Parlimen di Felda pada PRU14


Pakatan Harapan menyasarkan untuk meraih 20 kerusi Parlimen dalam kawasan Felda pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, walaupun terdapat 54 kawasan Parlimen di dalam Felda seluruh negeri, namun beliau menjangkakan dengan sokongan peneroka Felda kepada gabungan parti dalam PH akan memberi peluang cerah kepada kemenangan PH.
PH sasar 20 kerusi Parlimen di Felda pada PRU14‘Kalau orang Melayu Felda berubah jika 35 peratus,  insyaallah jika di Bera, Temerloh Jerantut, Cameron Highland, Lipis dan Pekan kita boleh kalahkan BN dengan meraih 7 kawasan parlimen di Pahang.
“Di Johor di Kulai, Pagoh,Tebrau, Sekijang,Labis dan Segamat ertinya dua negeri ini insyaallah kita akan dapat 13 kerusi.
“Campur Tanjong Malim, Kubang Pasu, Padang Terap, Baling, Jempol dan Tampin..insyaallah kita ada 20 kerusi parlimen di Felda. Tersungkur BN,” ujarnya ketika berucap pada siri Ceramah Selamatkan Malaysia di Felda Chini 2, Pekan malam tadi.
Mazlan yang juga AJK AMANAH Nasional berkata, sekiranya PH menang pilihan raya dan dapat menerajui negara, beliau mahu mencadangkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai perdana menteri PH kelak, untuk melaksanakan perubahan dilakukan terhadap peneroka Felda terutama membabitkan beban hutang peneroka sejumlah RM100,000
“Bila Tun Dr Mahathir jadi perdana menteri nanti, saya selaku Presiden Anak saya nak cadangkan kepada kerajaan baharu, saya merayu hutang peneroka MR100,000 yang mana tujuh keturunan tidak mampu nak bayar itu akan dapat dikurangkan.
“Ini kerana bila kerajaan tubuhkan Felda Tenoplan ia sebuah syarikat kapitalis.
“Kalau kita menang jika bersetuju dengan Konvensyen Felda di Shah Alam.
“Jika kita (PH) bersetuju lupuskan sekurangnya 50 % hutang peneroka disusuli menyemak semula potongan tidak munasabah, dan interest yang dikenakan sebanyak 6.2 peratus selama ini dapat dimansuhkan.
“Jika ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dipersetujui hutang peneroka boleh dikurangkan sehingga RM30,000 tak sampai 10 tahun hutang peneroka Felda boleh dilupuskan.
“Saya harap ia dapat dipertimbangkan cadangan kami ini bila PH menang. Saya yakin bila kita raikan susah payah mereka (peneroka), insyaallah peneroka akan setia pada kerajaan baru,” ujarnya.
Di Pahang yang mempunyai 14 Parlimen, empat kawasan Parlimen d bawah parti pembangkang adalah Indera Mahkota, Temerloh, Raub dan Kuantan.
Turut hadir dalam siri ceramah Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan AJK Pusat DAP Ronnie Liew.
Ceramah Selamatkan Malaysia adalah sebahagian daripada siri lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan PH ke Parlimen Pekan.
PH turut berkunjung ke perkampungan Orang Asli di Kampung Gumun.

Subscribe to receive free email updates: