MENJELANG PENAMAAN CALON : KEKUATAN JENTERA SETIAP PARTI AKAN DITERJEMAHKAN #PRU14

Esok bakal berlangsungnya penamaan calon bagi PRU ke 14. Daripada maklum balas yang diperolehi, penamaan bakal meriah dengan kewujudan parti baharu dan calon-calon bebas. Banyak parti-parti serpihan yang muncul bagi cendawan selepas hujan dalam PRU ke-14. Harian Metro pada 3 hari lepas melaporkan sebanyak 5,468 borang pencalonan PRU telah terjual. Ini merangkumi sebanyak 1,836 borang borang pencalonan Parlimendan borang DUN pula sebanyak 3,632 borang.

Penamaan calon merupakan satu proses yang biasa. Di sebalik kebiasaan terselit satu pengamatan yang boleh membantu kita menganalisis potensi untuk sesuatu calon itu menang iaitu kekuatan jentera. Walaupun ianya bukanlah satu kayu ukur yang pasti, namun kekuatan jentera merupakan salah satu elemen yang mempengaruhi keputusan pilihan raya. Ini kerana kekuatan jentera boleh diterjemahkan melalui proses meraih undi secara bersemuka (face to face) dan gerakan membawa keluar pengundi pada hari pengundian.

Parti-parti Pakatan Harapan mendabik dada dan mewarwarkan bahawa mereka akan menang pilihan raya ini. Mereka juga mengatakan bahawa mereka telah bersedia untuk menumbangkan Barisan Nasional. Mari kita lihat sejauh mana persediaan mereka, sama ada ianya hanya retorik atau benar-benar bersedia. Hal ini disebabkan pada PRU yang lepas, PKR dan DAP banyak bergantung kepada jentera-jentera PAS. Kita juga lihat sejauh mana kekuatan PAN dan PPBM, adakah mereka berjaya membawa keluar ahli PAS dan UMNO dari parti masing-masing atau cerita mereka hanyalah cereka yang dibuat-buat.

Bercakap memang mudah tetapi melaksanakannya adalah sebaliknya. Jika semasa program ceramah, jentera-jentera dari seluruh negara atau negeri boleh dihimpunkan dalam satu venue, tetapi semasa penamaan calon, setiap bahagian Parlimen dan DUN perlu bergantung kepada jentera di peringkat tempatan. Di sinilah kekuatan sebenar jentera setiap parti.

Didoakan agar proses penamaan calon dapat berjalan lancar tanpa ada insiden-insiden yang tidak diingini. Semoga semua pihak yang akan turun semasa proses tersebut dapat memenuhi arahan pihak PDRM dan SPR. Jangan ada pula yang menggunakan dron kerana larangannya telah dikeluarkan lebih awal oleh polis. Sama-sama kita tunggu dan lihat proses penamaan calon esok.

Ayuh!


Subscribe to receive free email updates: