Mungkin tidak ramai umat Islam terutama generasi baru yang mengetahui bahawa Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra disebalik kehidupan mewahnnya -von vivant - yang diwarisi dari Barat dan Istana, Tunku adalah seorang yang mengambil berat tentang agama sejak dari awal beliau menjadi Perdana Menteri.
Allahyarham telah mengasaskan PERKIM(Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) pada tahun 1960 dan menjadi penasihatnya sehingga 1971 dan seterusnya menjadi presidennya hingga tahun 1989. Tunku juga menginisiatifkan Pertandingan Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dan penterjemahan Al-Quran.
Dalam masa kepimpinannya lah orang bukan Islam terutama di Sabah dan juga orang Cina di Semenanjug banyak memeluk agama Islam kerana pendekatan muhibbahnya yang berasaskan kepada kemanusiaan Islam;tolak ansur,toleransi,tidak menakutkan, tidak menghina dan mencaci sebaliknya mengutamakan program kebajikan dan pendidikan. Inilah pendekatan dakwah PERKIM sejak ditubuhkan.
Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam atas persahabatan dengan Tunku tidak sahaja mengamalkan ajaran Islam tetapi juga mengamalkan budaya Melayu. Antaranya ialah Bekas Wakil Malaysia di Bangsa Bangsa Tun Dato Haji Omar Ong Yoke Lin dan Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia dan bekas Ketua Menteri Kedua Singapura Lim Yew Hock.
Mereka yang rapat dengan Tunku seperti Allayarham Tan Sri Syed Kechik Mohamed dan juga pegawai khas kepada Ketua Menteri Sabah Tun Mustapha paling banyak mengetahui pendekatan Tunku dengan orang bukan Islam di Sabah. Saya banyak mendapat maklumat dari Syed Kechik.
Apabila orang bukan Islam memberitahu Tunku bahawa mereka susah untuk masuk Islam kerana tak boleh lagi minum arak dan makan babi, Tunku tidak memberi amaran mereka akan disebat didepan umum tetapi mengatakan kepada mereka "Tak apa, tidak ada masalah,makanlah dulu,dah masuk Islam lama-lama awak akan berhenti" dan tentang minum arak Tunku terang-terng beritahu mereka "minumlah dulu,tok nenek saya pun minum arak dan saya pun minum,lama-lama kamu akan berhenti"
Tunku tidak menjauhkan diri dari rakan-rakannya yang ada kelemahan tersendiri. Beliau menerima mereka seadanya.Umpamanya bila Lim Yew Hock Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia menghilangkan diri dan terpaksa dipanggil pulang , Tunku tetap memelihara hubungan baik dengannya sehingga beliau mengambil keputusan menetap di Arab Saudi sebelum meninggal dunia sebagai seorang Islam di Taman Melawati Kuala Lumpur .
Tunku menjadikan dirinya sebagai contoh wajah kemanusiaan dan kemanisan Islam ,tidak keras, bertoleransi,terus terang , bermaafan dan menghormati maruah sesama manusia.
Beliau menyedari dirinya sebagai seorang Islam yang tidak sempurna. Bila Raja Saudi meintanya menjadi Setiusaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Islam(OIC) 1971--74),Tunku
menolaknya kerana katanya "Saya bukan orang Islam yang baik,saya minum arak,berjudi dan macam-macam lagi "tetapi Raja Saudi segera memberitahunya " Saya bukan nak meminta awak jadi Imam Masjid Al Ihram".
Dalam era awal kemerdekaan , PAS telah membantah langkah Tunku untuk membina Masjid Negara dengan wang lotri Kebajikan Masyarakat kerana negara tidak mempunyai wang banyak tetapi Tunku tidak menghiraukan sebaliknya menyatakan beliau sanggup untuk menanggung dosa disamping menganjur suatu seminar ulama-ulama Malaya yang mengharuskan penggunaannya kerana dalam keadan darurat. Tunku memikirkan soal maruah Islam dalam sebuah negara merdeka.
Pas juga membantah penganjuran pertandingan Quran dan penyertaaan Qariah kerana suara Qariah haram diperdengarkan tetapi Tunku tidak mempedulikannya dan ramai -negara -negara Islam menghantar perserta-persertanya.
Dari masa kemasa PAS akan cuba mempengaruhi orang Melayu dengan pendekatan Islam yang keras kerana kepercayaan akan memperkuatkan pegangan kepada ajaran Islam tetapi bila bersatu dengan PKR di Selangor,PAS menerima pula beberapa pengharusan seperti tidak dapat melaksanakan kedudukan berasingan lelaki perempuan dalam pangung wayang dan tidak dapat mengharamkan penjualan arak.
Orang -orang UMNO pernah meminta supaya parti PAS diharamkan kerana menuntut penghukuman Islam yang keras seolah-olah negara ini negara Islam tetapi Tunku tidak setuju kerana dengan adanya PAS ,kata Tunku orang bukan Islam dalam negara ini dapat memilih mana orang Islam yang baik dan orang Islam yang merbahaya kepada mereka.
Tetapi kemanisan Islam UMNO yang diasas dan dikembangkan oleh Tunku dan di perkuatkan oleh Tun Dr.Mahathir telah dicemarkan oleh UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib yang mahu menutup dosanya dan dosa-dosa pemimpin UMNO terhadap rakyat dan negara dengan bersubahat dengan PAS di bawah panji-panji Melayu dan Islam.
Keghairahan pemimpn UMNO yang menyokong hukuman sebat keatas pasangan lesbian di Terengganu menambahkan kebengisan Islam pada pandangan bukan Islam di Malaysia dan mengejutkan dunia antarabangsa yang mengenali Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana dan berperadaban tinggi.
Negara ini tidak akan didatangi oleh pelabur-pelabur asing dari awal kemerdekaan jika menunjukan imej Islam yang sempit,keras dan bengis dalam menjalankan hukum-hukum Islam seperti Arab Saudi atau Pakistan.
Hukuman sebat dan gantung terhadap perogol,perompak, pembunuh dibawah hukuman jenayah civil tidak pernah dilakukan dihadapan umum di negara ini kerana kesan psikologi yag sangat besar kepada kaum keluarga dan kepada pesalah sendiri.
Di Terenggnu Mahakamah Syariah telah memanggil 100 orang untuk berpesta menyaksikan sebatan secara ringan ke atas dua orang wanita yang lemah dengan tujuan memberi pengajaran Islam dengan cara memalukan tetapi dari kajian yang dibuat oleh perundangan kesan psikologinya adalah lebih parah dari menerima hukuman sebatan keras yang dilindungi dari pandangan umum. Dimanakah pemerintahan bengis PAS meletak ajaran Islam tidak boleh mengaibkan sesama manusia?.
Sikap ortodok,kefanatikan dan kelemahan menggunakan logik akal oleh sebuah parti yang telah terbukti sejak merdeka ketinggalan dalam kemajuan berfikir selari dengan tamadun manusia telah mencemarkan kemuliaan Islam Malaysia di mata dunia dalam sekelip mata. Nasib baik kita mempunyai pemimpin negara yang mengambil langkah segera untuk tidak menyekutukan negara dengan sikap mundur kebelakang sebuah negeri.
Di Malaysia kemajuan Islam berjalan serentak dan sejajar dengan pemodenan negara kerana pemimpinnya dari awal memahami bahawa pendekatan bersifat sekular dan universal dapat membangunkan negara yang setaraf dengan sifat-sifat negara maju di dunia.
Umat Islam negara ini mestilah terus dididik untuk mengenali orang Islam yang berperadaban dan orang Islam yang merbahaya dan mundur dengan fikiran zaman jahiliah dalam dunia yang bertamadun.