Bintang sukan Zaquan Adha menjelaskan bahawa berlakon bukan disebabkan dia sudah lagi tidak laku.
Tegasnya, kariernya sebagai pemain bola sepak tetap menjadi keutamaan dan dia tidak pernah terfikir untuk bergelar pelakon.
Jelas pemain pasukan Perak ini lagi, penglibatannya dalam dunia lakon sejak akhir-akhir ini sekadar memenuhi tuntutannya sebagai duta bagi menjayakan iklan komersial.
“Ada yang tanya saya, “dah tak laku lagi ker main bola?”. Saya nak jelaskan di sini, karier sebagai pemain bola sepak tetap keutamaan saya. Lakonan, saya rasa saya tidak berbakat.
“Tapi kalau setakat berlakon iklan tu, bolehlah sikit-sikit sebab tak banyak babak. Kalau hendak serius (berlakon), buat masa sekarang memang tidak. Tawaran berlakon banyak, tapi saya tolak.
“Saya cuba jugak berlakon dengan isteri saya tetap tak boleh sebab saya tak pandai berlakon,” katanya, lapor MalaysianDigest.
Zaquan atau nama Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 29, berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan TV3 & tv9, di hotel Mandarin Oriental, semalam.-Suaratv