Kes Sivarasa: Siasatan Jais selesai


Datuk Bakhtiar Hussin
Datuk Bakhtiar Hussin
 
SABAK BERNAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap pegawai Masjid An Nur Kampung Subang berhubung insiden Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang menggunakan ruang solat masjid itu sebagai tempat berpolitik pada 24 Mei lalu.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Bakhtiar Hussin berkata, keputusan dan tindakan yang dikenakan terhadap pegawai masjid  juga telah dimuktamadkan dan akan diumumkan Jais dalam waktu terdekat.
"Setakat yang saya difahamkan, siasatan ke atas pegawai masjid yang terlibat telah selesai dijalankan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Guna masjid berpolitik boleh pecah belah umat Islam]

"Begitu juga dengan tindakan yang akan dikenakan kepada pegawai masjid terbabit," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Hari Kecemerlangan Pelatih 2017 di Baitul Ehsan Sabak Bernam, di sini, tengah hari tadi.

Subscribe to receive free email updates: