Remaja maut guna telefon bimbit ketika mandi

SINAR ONLINE

Telefon
Gambar hiasan.
 
 
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas menggunakan telefon yang dicaj ketika mandi, lapor Reuters.

Madison Coe,14 dari Lubbock maut di kediaman bapanya di New Mexico hujung minggu lalu ketika mandi, lapor Hobb News-Sung yang memetik pegawai kecemasan.

Polis Locington, New Mexico berkata, keadaan mangsa menunjukkan dia terkena renjatan elektik dengan telefon bimbit, pengecaj serta kabel sambungan ditemui di dalam bilik mandi.

Nenek mangsa, O'Guinn berkata, dalam temubual dengan stesen TV Lubbpck KCBD, gadis itu ditemui dengan kesan terbakar pada tanggannya yang memegang telefon.

"Ini adalah satu tragedi yang tidak perlu berlaku kepada orang lain.

"Kami berharap kejadian ini akan memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak menunggunakan telefon di dalam bilik mandi terutamanya ketika ianya dicaj," katanya.

Subscribe to receive free email updates: